Jika dalam entry sebelum ini telah dijelaskan mengenai tips menternak anak ayam belanda setelah keluar dari tempat penetasan hingga dilepaskan dari kurungan. Kini dalam video klip berikut ini diterangkan penjagaan ayam belanda dewasa yang hidup bebas dalam habitat di masiranfarm. Semoga penerangan ini membantu rakan ternak semua... selamat menonton
Ahad, 27 Disember 2009
Sabtu, 19 Disember 2009
TIPS MENTERNAK ANAK AYAM MUTIARA
Jumaat, 18 Disember 2009
TIPS MENTERNAK ANAK AYAM BELANDA
Jumaat, 23 Oktober 2009
Terbaru! Burung Chukar Di MasiranFarm
Sepasang burung Chukar dipenjuru reban burung. Perhatikan warna bulunya

Dua pasang burung Chukar
Untuk lebih jelas lagi, berikut disertakan video klip yang menunjukkan burung Chukar di dalam habitatnya bersama burung Budgie
Sabtu, 17 Oktober 2009
Kawasan Ternak MasiranFarm
Khamis, 15 Oktober 2009
Ayam Kampung Botak
Baka jantan ayam kampung botak
Gambar sebahagian dari spesis ayam kampung botakAhad, 2 Ogos 2009
Burung Merak di MasiranFarm
Berikut ini dipaparkan gelagat beberapa ekor merak yang masih muda usianya yang berada di dalam kurungan bersama-sama dengan anak ayam mutiara dan ayam belanda. Tumpuan video ini adalah kepada burung merak... selamat menonton
Ahad, 26 Julai 2009
Ayam Mutiara Puteh
Inilah gambar ayam mutiara puteh yang dimaksudkan itu.
Sila tonton video klip dibawah untuk melihat perbezaan antara mutiara puteh dan mutiara hitam serta beberapa ekor anak mutiara puteh diakhir video ini
Khamis, 16 Julai 2009
Angsa Kelabu + Angsa Putih = ANGSA KETIH
Jika diteliti, warna bulu di kepala hingga ke tengkuk berbeza dengan angsa putih dan angsa kelabu di mana warnanya agak berwarna cokelat secara keseluruhan. Warna bulu di badannya ada yang banyak mengikut warna angsa kelabu (seperti gambar di atas) dan ada pula lebih banyak kepada warna angsa putih (seperti gambar di bawah)

Untuk lebih mengenali angsa ketih, saksikan video di bawah ini... selamat menonton
Rabu, 8 Julai 2009
Angsa Mandi Dan Mengawan
Video berikut ini memaparkan kegembiraan sekumpulan angsa yang begitu seronok mandi dan ada ketikanya mengawan di dalam air. Video ini dirakam pada 24 Jun lalu, jam 3.30 petang dalam keadaan angsa kekenyangan selepas makan. Saksikan...
Khamis, 2 Julai 2009
Kepuasan Seorang Penternak Ketika Mengutip Telur
Dalam video klip ini di paparkan aktiviti setiap hari telur-telur tersebut dikutip di pelbagai tempat unggas bertelur di sekitar kawasan MasiranFarm. Walaupun tempat bertelur disediakan, tetapi unggas memilih tempat yang sesuai bagi habitat mereka. Saksikan video klip ini....
Jumaat, 26 Jun 2009
Nantikan Kemunculan Burung Budgie di MasiranFarm
Beberapa ekor Budgie sedang bertenggek sambil beristirehat
Sepasang Budgie dilihat dari dekat... gabung pelbagai warna pada bulunya
Seekor Budgie serba putih... paruhnya sama seperti burung nuri
Satu lagi gambar Budgie sedang beristirehat
Ahad, 10 Mei 2009
Suasana Ketika Memberi Makan Kepada Haiwan Ternak
Khamis, 23 April 2009
Tips Memelihara Anak Angsa
Selasa, 7 April 2009
Makanan Sampingan Anak Angsa
Selasa, 31 Mac 2009
Perkongsian Pengalaman Menternak Angsa
Ahad, 22 Mac 2009
Tips Menanam Rumput Napier Taiwan
Kelebihan rumput napier baka Taiwan
Melawat kawasan tanaman rumput napier
Saksikan klip video ini yang memaparkan kawasan tanaman yang khusus ditumpukan kepada tanaman rumput napier
Ayam Belanda di Masiranfarm
Dalam video ini hanya memaparkan sekumpulan ayam belanda yang sempat dirakam. Ayam belanda merupakan ternakan yang jinak dan semasa rakaman diambil dari dekat, binatang ini tidak melarikan diri. Saksikan...Selasa, 17 Mac 2009
Sabtu, 14 Februari 2009
Mesin Tetas Manual
Dan bagi menjawab pertanyaan tersebut saya rasa terlalu panjang utk dimuatkan dlm cbox, jadi saya terangkan di sini.
En. Nan bertanya ttg kekerapan utk membalikkan telur dan adakah boleh dibalikkan dgn tgn..
Telur yg ditetas mesti dibalikkan 4-6 kali setiap hari sepanjang jangka masa pengeraman dan boleh dibalikkan dgn tangan (lg elok guna sarung tangan). Arah pusingan ke kiri atau kanan telur dan pastikan seluruh permukaan telur mendapat suhu yang sekata. Posisi telur sangat penting iaitu hujung telur yang besar mesti di atas dan lebih baik lg kalau telur dicondongkan 45 darjah... TETAPI berhenti menterbalikkannya pada tiga hari terakhir sebelum menetas. Pd hari terakhir, embrio sedang bergerak ke posisi menetas dan tidak perlu diterbalikkan.
Harap keterangan ini dapat membantu...
Isnin, 26 Januari 2009
Kecantikan Angsa Putih
Selasa, 20 Januari 2009
Angsa Kelabu
Khamis, 8 Januari 2009
Ayam Kampung Dan Itik Serati... Nostalgia Di Kampung
Di Masiranfarm, ternakan ayam kampung dan itik serati bukan tumpuan utama. Sekadar sampingan bagi memeriahkan suasana dan mempelbagaikan jenis ternakan. Bunyi suara itik serati, ayam kampung, ayam mutiara dan angsa seolah dendangan sebuah orkestra yang sedang mengalunkan lagu. Berikut ini disertakan video yang memaparkan suasana ketika ayam kampung dan itik serati sedang menanti tuannya menghidangkan makan di waktu petang dengan suara bersahutan... yang pastinya suara angsa tetap dominan.Sabtu, 3 Januari 2009
Mengenali Ayam Mutiara
Untuk lebih mengenali Ayam Mutiara ini, video berikut cuba memaparkan dengan lebih dekat gelagat ayam ini bersama kumpulannya di habitat Masiranfarm.Rabu, 31 Disember 2008
Anak Angsa Dilepaskan Dari Kurungan
Anak angsa yang baru menetas perlu dikurung dan dipasang lampu supaya mendapat suhu yang sesuai supaya tidak dibiarkan kesejukan. Ianya berlanjutan beberapa minggu berada di dalam kurungan. Ada ketikanya anak angsa ini perlu dilepaskan dari kurungan untuk beberapa ketika. 
Untuk lebih jelas, video berikut ini memaparkan anak angsa kelabu yang berusia lebih kurang sebulan dilepaskan dari kurungan dan didapati anak angsa amat "gembira" apabila mereka dibiarkan bebas di samping belajar mencari makan.
Isnin, 29 Disember 2008
Angsa Mengawan di MasiranFarm
Isnin, 22 Disember 2008
Ayam Mutiara @ Ayam Api-Api
Yg ketara bila dia dah besar >3bln:
- Subang atau cuping Jantan lebih lebar dan merah menyala.
- Tanduk di kepala Jantan lebih besar dan tajam.
- Kadang2 jantan tumbuh taji
- Bunyi pejantan 1 "syllable" aje i.e. Chi... chi... chi... (tak boleh bunyi mcm betina)
- Bunyi betina 2 "syllable" i.e. Be-keek... Be-keek... Be-keek... (tapi dia boleh bunyi mcm jantan juga)
- Bentuk badan jantan bulat membongkok
- Bentuk badan betina memanjang
- Kalu kita tangkap & rasa ruang antara peha sibetina lebih lebar dari sijantan
- aym mutiara ni masa lps menetas perlu letak dlm kurungan yg berlampu 60 @ 100 Watt slama 1 bln dgn beri mkn dedak starter carghill @ 201C.
- a/b berumur sbln d lpskn dlm kurungan yg besar hingga 2 bln dgn beri mkn pallet grower hingga 2 bln. lps itu baru lps kluar di kwsn luas.
- d kwsn ladang perlu di buat para utk tmpt tidur waktu mlm tanpa atap @ tak.
- waktu siang, mrk akn berkeliaran d kwsn ladang dan cari mkn apa2 yg ada di kwsn ladang smpai dewasa. sbb 2 dia tak lari.
- bila bertelur, dia suka bertelur d kwsn semak dan kita perlu kutip stiap hari.
- aym ni lbh baik d hantar ke tmpt penetasn dr dieram sndiri sbb 1 ibu bertelur 30 biji, jd klu d biar telur tersebut, dia akn jaga ank yang baru menetas dan tinggalkn telur yg lain. telur aym ni menetas dlm masa 33 hari.
- penetasan telur berpandukan pd baka.. jika baka baik, pernah dpt 100% menetas.
