Rabu, 31 Disember 2008

Anak Angsa Dilepaskan Dari Kurungan

Anak angsa yang baru menetas perlu dikurung dan dipasang lampu supaya mendapat suhu yang sesuai supaya tidak dibiarkan kesejukan. Ianya berlanjutan beberapa minggu berada di dalam kurungan. Ada ketikanya anak angsa ini perlu dilepaskan dari kurungan untuk beberapa ketika.

Untuk lebih jelas, video berikut ini memaparkan anak angsa kelabu yang berusia lebih kurang sebulan dilepaskan dari kurungan dan didapati anak angsa amat "gembira" apabila mereka dibiarkan bebas di samping belajar mencari makan.

1 ulasan:

CINCIN@RINGS berkata...

Salam...
Tahniah di atas ketekunan anda. Saya doakan agar usaha anda semakin membawa kejayaan yang lebih besar di masa akan datang. Soalan: Berapa rega sepasang anak angsa yang boleh berdikari ?