Khamis, 23 April 2009

Tips Memelihara Anak Angsa

Saya banyak menerima panggilan telefon dari rakan penternak yang bertanyakan cara memelihara dan menjaga anak angsa. Untuk memudahkan semua pengunjung blog ini, video klip di bawah ini sedikit sebanyak cuba memberikan tips untuk memelihara dan menjaga anak angsa. Selamat menonton...


Selasa, 7 April 2009

Makanan Sampingan Anak Angsa

Kos pemeliharaan angsa banyak tertumpu kepada penyediaan makanannya. Sumber makanan tambahan dari bahan-bahan buangan seperti lebihan makanan dan tanam-tanaman boleh boleh membantu menjimatkan kos. Dalam klip video berikut ini dipaparkan anak angsa diberi makan daun-daun pisang sebagai makanan sampingan bagi mempelbagaikan bahan makanannya. Selamat menonton...

Selasa, 31 Mac 2009

Perkongsian Pengalaman Menternak Angsa

Tumpuan utama MasiranFarm adalah menternak angsa. Pada asalnya sekadar hobi dengan menternak beberapa ekor angsa sahaja. Lama-kelamaan bilangan ternakan angsa bertambah sehingga mampu menjana pendapatan sampingan. Ikuti perkongsian pengalaman menternak angsa ini melalui klip video di bawah. Selamat menonton...

Ahad, 22 Mac 2009

Tips Menanam Rumput Napier Taiwan

Ramai rakan penternak yang menghubungi saya bertanyakan kaedah penanaman rumput napier Taiwan. Untuk memudahkan penerangan, klip video di bawah ini saya cuba menerangkan tips menanam rumput napier Taiwan. Saya mengharapkan penerangan ini mampu menjelaskan segala kemusykilan dan bagi saya sekali lagi saya mengesyorkan agar tanamlah benih rumput napier Taiwan. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut


Kelebihan rumput napier baka Taiwan

Saya mengesyorkan kepada penternak agar menanam rumput napier dari baka Taiwan kerana ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Klip video ini saya jelaskan secara detail kelebihan yang dimaksudkan ini. Justeru kepada sesiapa yang berminat dengan benih rumput napier baka Taiwan ini sila hubungi saya

Melawat kawasan tanaman rumput napier

Di Masiranfarm, rumput napier merupakan antara makanan utama haiwan ternak. Ianya ditanam bagi mempelbagaikan makanan haiwan dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos makanan. Dengan tanaman rumput napier ini seolah-olah mendapat sumber makanan haiwan secara percuma. Hanya perlukan sedikit qudrat untuk mengusahakannya.

Saksikan klip video ini yang memaparkan kawasan tanaman yang khusus ditumpukan kepada tanaman rumput napier

Ayam Belanda di Masiranfarm

Sebelum ini blog ini tidak pernah memaparkan gambar dan video mengenai ayam belanda. Sekarang baru berkesempatan untuk menguploadkannya. Ayam belanda merupakan antara ternakan utama di Masiranfarm.

Dalam video ini hanya memaparkan sekumpulan ayam belanda yang sempat dirakam. Ayam belanda merupakan ternakan yang jinak dan semasa rakaman diambil dari dekat, binatang ini tidak melarikan diri. Saksikan...

Sabtu, 14 Februari 2009

Mesin Tetas Manual

Terima kasih atas pertanyaan En. Nan....

Dan bagi menjawab pertanyaan tersebut saya rasa terlalu panjang utk dimuatkan dlm cbox, jadi saya terangkan di sini.

En. Nan bertanya ttg kekerapan utk membalikkan telur dan adakah boleh dibalikkan dgn tgn..

Telur yg ditetas mesti dibalikkan 4-6 kali setiap hari sepanjang jangka masa pengeraman dan boleh dibalikkan dgn tangan (lg elok guna sarung tangan). Arah pusingan ke kiri atau kanan telur dan pastikan seluruh permukaan telur mendapat suhu yang sekata. Posisi telur sangat penting iaitu hujung telur yang besar mesti di atas dan lebih baik lg kalau telur dicondongkan 45 darjah... TETAPI berhenti menterbalikkannya pada tiga hari terakhir sebelum menetas. Pd hari terakhir, embrio sedang bergerak ke posisi menetas dan tidak perlu diterbalikkan.

Harap keterangan ini dapat membantu...

Isnin, 26 Januari 2009

Kecantikan Angsa Putih

Ramai suka memelihara angsa putih kerana kecantikannya. Gabungan warna bulunya yang keputihan dan paruhnya (muncung)kuning keemasan menyerlahkan kecantikan dan seolah menjadi simbol kebersihan. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup membeli angsa putih dengan harga yang mahal berbanding dengan angsa kelabu. Begitu juga di MasiranFarm, permintaan angsa putih amat memberangsangkan hingga sukar memenuhi permintaan pelanggan. Video berikut ini dizoom secara dekat untuk melihat kecantikannya yang diselangseli dengan suaranya yang meriuhkan suasana di Masiranfarm


Selasa, 20 Januari 2009

Angsa Kelabu

Angsa adalah ternakan utama di Masiranfarm, dari jenis angsa kelabu dan angsa putih. Kedua-duanya mempunyai saiz, bentuk dan suara yang sama. Video berikut memaparkan dengan lebih dekat lagi mengenai angsa kelabu yang hidup di habitatnya... mandi dikolam dan berinteraksi sesama mereka

Khamis, 8 Januari 2009

Ayam Kampung Dan Itik Serati... Nostalgia Di Kampung

Jika dahulu semasa kecil di kampung, ayam kampung dan itik serati adalah antara binatang ternakan yang biasanya diternak di setiap rumah. Saat paling meriah dengan suara riuh rendah bunyi ayam itik apabila tibanya waktu memberi makan dari lebihan nasi atau gandum. Tapi kini jika hidup di bandar, di taman-taman perumahan, suasana itu tidak ujud lagi... tiada ruang untuk memelihara ayam itik.

Di Masiranfarm, ternakan ayam kampung dan itik serati bukan tumpuan utama. Sekadar sampingan bagi memeriahkan suasana dan mempelbagaikan jenis ternakan. Bunyi suara itik serati, ayam kampung, ayam mutiara dan angsa seolah dendangan sebuah orkestra yang sedang mengalunkan lagu. Berikut ini disertakan video yang memaparkan suasana ketika ayam kampung dan itik serati sedang menanti tuannya menghidangkan makan di waktu petang dengan suara bersahutan... yang pastinya suara angsa tetap dominan.

Sabtu, 3 Januari 2009

Mengenali Ayam Mutiara

Ayam mutiara atau ayam api-api tergolong dalam spesis burung. Ada yang memeliharanya kerana terpegun dengan kecantikan bulunya atau ada yang tertarik dengan bentuk badan yang berlainan dengan ayam biasa ini. Dan tidak kurang juga yang sukakannya kerana daging ayam mutiara ini sedap dimakan apabila dibuat rendang pedas.

Untuk lebih mengenali Ayam Mutiara ini, video berikut cuba memaparkan dengan lebih dekat gelagat ayam ini bersama kumpulannya di habitat Masiranfarm.


Rabu, 31 Disember 2008

Anak Angsa Dilepaskan Dari Kurungan

Anak angsa yang baru menetas perlu dikurung dan dipasang lampu supaya mendapat suhu yang sesuai supaya tidak dibiarkan kesejukan. Ianya berlanjutan beberapa minggu berada di dalam kurungan. Ada ketikanya anak angsa ini perlu dilepaskan dari kurungan untuk beberapa ketika.

Untuk lebih jelas, video berikut ini memaparkan anak angsa kelabu yang berusia lebih kurang sebulan dilepaskan dari kurungan dan didapati anak angsa amat "gembira" apabila mereka dibiarkan bebas di samping belajar mencari makan.

Isnin, 29 Disember 2008

Angsa Mengawan di MasiranFarm

Pembiakan angsa lebih mudah sekiranya terdapat takungan air seperti kolam di mana angsa lebih mudah dan cepat mengawan di dalam air. Video berikut ini memaparkan bagaimana dua pasang angsa mengawan yang sempat dirakam di waktu pagi sekitar 8.00 - 9.00 pagi pada 28 Disember lalu.

Isnin, 22 Disember 2008

Ayam Mutiara @ Ayam Api-Api

Ayam Mutiara Dewasa

Cara mengecam jantina Ayam Mutiara

Yg ketara bila dia dah besar >3bln:
  • Subang atau cuping Jantan lebih lebar dan merah menyala.
  • Tanduk di kepala Jantan lebih besar dan tajam.
  • Kadang2 jantan tumbuh taji
  • Bunyi pejantan 1 "syllable" aje i.e. Chi... chi... chi... (tak boleh bunyi mcm betina)
  • Bunyi betina 2 "syllable" i.e. Be-keek... Be-keek... Be-keek... (tapi dia boleh bunyi mcm jantan juga)
  • Bentuk badan jantan bulat membongkok
  • Bentuk badan betina memanjang
  • Kalu kita tangkap & rasa ruang antara peha sibetina lebih lebar dari sijantan
[Diambil dari forum Bicara Jutawan.com]

Cara penjagaan

Anak Ayam Mutiara
  • aym mutiara ni masa lps menetas perlu letak dlm kurungan yg berlampu 60 @ 100 Watt slama 1 bln dgn beri mkn dedak starter carghill @ 201C.
  • a/b berumur sbln d lpskn dlm kurungan yg besar hingga 2 bln dgn beri mkn pallet grower hingga 2 bln. lps itu baru lps kluar di kwsn luas.
  • d kwsn ladang perlu di buat para utk tmpt tidur waktu mlm tanpa atap @ tak.
  • waktu siang, mrk akn berkeliaran d kwsn ladang dan cari mkn apa2 yg ada di kwsn ladang smpai dewasa. sbb 2 dia tak lari.
  • bila bertelur, dia suka bertelur d kwsn semak dan kita perlu kutip stiap hari.
  • aym ni lbh baik d hantar ke tmpt penetasn dr dieram sndiri sbb 1 ibu bertelur 30 biji, jd klu d biar telur tersebut, dia akn jaga ank yang baru menetas dan tinggalkn telur yg lain. telur aym ni menetas dlm masa 33 hari.
  • penetasan telur berpandukan pd baka.. jika baka baik, pernah dpt 100% menetas.
soal pasaran, yg dara RM25, yg ibu RM 50 sekor... tak kira timbang tp kira kepala. sy penah mkn, jika d bandingkn aym ni dgn sgala jenis aym @ itik, daging aym ni sgt sedap. tambahn pula masak rendang pedas

Sabtu, 6 Disember 2008

Sepetang di masiranfarm

Video ini menggambarkan suasana ceria di MasiranFarm di waktu petang dengan suara angsa, ayam mutiara dan ternakan lain yang mengujakan. Pastinya mendatangkan keseronokan dan kepuasan dengan suara binatang ternak yang saling bersahutan... di satu sudut itik serati asyik berenang di kolam dan ada ketikanya ayam mutiara terbang melintasi kolam dan angsa pula mengalunkan suaranya yang meriuhkan suasana... itulah kepuasan bagi kami di MasiranFarm

Jumaat, 5 Disember 2008

Isnin, 1 Disember 2008

Ahad, 9 November 2008

Pengenalan

Saya, Masiran Kaamin, merupakan seorang guru di Sekolah Menegah Dato’ Bendahara CM Yusuf Tanjung Tualang, Perak. Saya memulakan aktiviti penternakan ini sejak dari Disember, 2006 bagi menambahkan pendapatan keluarga.
Saya bertindak sebagai pembekal ternakan seperti ayam selasih, ayam kapas, ayam belanda, ayam mutiara, merak, itik angsa, itik serati serta arnab. Saya juga ada menjual benih ikan keli bagi pembeli-pembeli yang berminat.

Harga ditentukan mengikut saiz ternakan. Namun begitu, harga yang ditawarkan amat berpatutan. Buat masa sekarang ternakan seperti ayam selasih, ayam kapas, ayam belanda, ayam mutiara, merak dan itik angsa hanya anak sahaja yang dijual. Yang dewasa hanya dijadikan baka untuk mendapatkan telurnya.

Saya juga memberikan khidmat nasihat serta bertukar idea dan pengalaman kepada mana-mana penternak yang ingin atau telah berkecimpung dalam bidang penternakan. Selain itu saya memerlukan peniaga-peniaga yang berminat untuk meniagakan ternakan saya.

Dengan itu, anda bolehlah menghubungi saya di talian yang tertera.