Terima kasih atas pertanyaan En. Nan....
Dan bagi menjawab pertanyaan tersebut saya rasa terlalu panjang utk dimuatkan dlm cbox, jadi saya terangkan di sini.
En. Nan bertanya ttg kekerapan utk membalikkan telur dan adakah boleh dibalikkan dgn tgn..
Telur yg ditetas mesti dibalikkan 4-6 kali setiap hari sepanjang jangka masa pengeraman dan boleh dibalikkan dgn tangan (lg elok guna sarung tangan). Arah pusingan ke kiri atau kanan telur dan pastikan seluruh permukaan telur mendapat suhu yang sekata. Posisi telur sangat penting iaitu hujung telur yang besar mesti di atas dan lebih baik lg kalau telur dicondongkan 45 darjah... TETAPI berhenti menterbalikkannya pada tiga hari terakhir sebelum menetas. Pd hari terakhir, embrio sedang bergerak ke posisi menetas dan tidak perlu diterbalikkan.
Harap keterangan ini dapat membantu...
Sabtu, 14 Februari 2009
Isnin, 26 Januari 2009
Kecantikan Angsa Putih
Ramai suka memelihara angsa putih kerana kecantikannya. Gabungan warna bulunya yang keputihan dan paruhnya (muncung)kuning keemasan menyerlahkan kecantikan dan seolah menjadi simbol kebersihan. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup membeli angsa putih dengan harga yang mahal berbanding dengan angsa kelabu. Begitu juga di MasiranFarm, permintaan angsa putih amat memberangsangkan hingga sukar memenuhi permintaan pelanggan. Video berikut ini dizoom secara dekat untuk melihat kecantikannya yang diselangseli dengan suaranya yang meriuhkan suasana di Masiranfarm
Selasa, 20 Januari 2009
Angsa Kelabu
Angsa adalah ternakan utama di Masiranfarm, dari jenis angsa kelabu dan angsa putih. Kedua-duanya mempunyai saiz, bentuk dan suara yang sama. Video berikut memaparkan dengan lebih dekat lagi mengenai angsa kelabu yang hidup di habitatnya... mandi dikolam dan berinteraksi sesama mereka
Khamis, 8 Januari 2009
Ayam Kampung Dan Itik Serati... Nostalgia Di Kampung
Jika dahulu semasa kecil di kampung, ayam kampung dan itik serati adalah antara binatang ternakan yang biasanya diternak di setiap rumah. Saat paling meriah dengan suara riuh rendah bunyi ayam itik apabila tibanya waktu memberi makan dari lebihan nasi atau gandum. Tapi kini jika hidup di bandar, di taman-taman perumahan, suasana itu tidak ujud lagi... tiada ruang untuk memelihara ayam itik.
Di Masiranfarm, ternakan ayam kampung dan itik serati bukan tumpuan utama. Sekadar sampingan bagi memeriahkan suasana dan mempelbagaikan jenis ternakan. Bunyi suara itik serati, ayam kampung, ayam mutiara dan angsa seolah dendangan sebuah orkestra yang sedang mengalunkan lagu. Berikut ini disertakan video yang memaparkan suasana ketika ayam kampung dan itik serati sedang menanti tuannya menghidangkan makan di waktu petang dengan suara bersahutan... yang pastinya suara angsa tetap dominan.

Sabtu, 3 Januari 2009
Mengenali Ayam Mutiara
Ayam mutiara atau ayam api-api tergolong dalam spesis burung. Ada yang memeliharanya kerana terpegun dengan kecantikan bulunya atau ada yang tertarik dengan bentuk badan yang berlainan dengan ayam biasa ini. Dan tidak kurang juga yang sukakannya kerana daging ayam mutiara ini sedap dimakan apabila dibuat rendang pedas.
Untuk lebih mengenali Ayam Mutiara ini, video berikut cuba memaparkan dengan lebih dekat gelagat ayam ini bersama kumpulannya di habitat Masiranfarm.

Rabu, 31 Disember 2008
Anak Angsa Dilepaskan Dari Kurungan


Untuk lebih jelas, video berikut ini memaparkan anak angsa kelabu yang berusia lebih kurang sebulan dilepaskan dari kurungan dan didapati anak angsa amat "gembira" apabila mereka dibiarkan bebas di samping belajar mencari makan.
Isnin, 29 Disember 2008
Angsa Mengawan di MasiranFarm
Pembiakan angsa lebih mudah sekiranya terdapat takungan air seperti kolam di mana angsa lebih mudah dan cepat mengawan di dalam air. Video berikut ini memaparkan bagaimana dua pasang angsa mengawan yang sempat dirakam di waktu pagi sekitar 8.00 - 9.00 pagi pada 28 Disember lalu.
Isnin, 22 Disember 2008
Ayam Mutiara @ Ayam Api-Api
Cara mengecam jantina Ayam Mutiara
Yg ketara bila dia dah besar >3bln:
Yg ketara bila dia dah besar >3bln:
- Subang atau cuping Jantan lebih lebar dan merah menyala.
- Tanduk di kepala Jantan lebih besar dan tajam.
- Kadang2 jantan tumbuh taji
- Bunyi pejantan 1 "syllable" aje i.e. Chi... chi... chi... (tak boleh bunyi mcm betina)
- Bunyi betina 2 "syllable" i.e. Be-keek... Be-keek... Be-keek... (tapi dia boleh bunyi mcm jantan juga)
- Bentuk badan jantan bulat membongkok
- Bentuk badan betina memanjang
- Kalu kita tangkap & rasa ruang antara peha sibetina lebih lebar dari sijantan
[Diambil dari forum Bicara Jutawan.com]
Cara penjagaan

- aym mutiara ni masa lps menetas perlu letak dlm kurungan yg berlampu 60 @ 100 Watt slama 1 bln dgn beri mkn dedak starter carghill @ 201C.
- a/b berumur sbln d lpskn dlm kurungan yg besar hingga 2 bln dgn beri mkn pallet grower hingga 2 bln. lps itu baru lps kluar di kwsn luas.
- d kwsn ladang perlu di buat para utk tmpt tidur waktu mlm tanpa atap @ tak.
- waktu siang, mrk akn berkeliaran d kwsn ladang dan cari mkn apa2 yg ada di kwsn ladang smpai dewasa. sbb 2 dia tak lari.
- bila bertelur, dia suka bertelur d kwsn semak dan kita perlu kutip stiap hari.
- aym ni lbh baik d hantar ke tmpt penetasn dr dieram sndiri sbb 1 ibu bertelur 30 biji, jd klu d biar telur tersebut, dia akn jaga ank yang baru menetas dan tinggalkn telur yg lain. telur aym ni menetas dlm masa 33 hari.
- penetasan telur berpandukan pd baka.. jika baka baik, pernah dpt 100% menetas.
Sabtu, 6 Disember 2008
Sepetang di masiranfarm
Video ini menggambarkan suasana ceria di MasiranFarm di waktu petang dengan suara angsa, ayam mutiara dan ternakan lain yang mengujakan. Pastinya mendatangkan keseronokan dan kepuasan dengan suara binatang ternak yang saling bersahutan... di satu sudut itik serati asyik berenang di kolam dan ada ketikanya ayam mutiara terbang melintasi kolam dan angsa pula mengalunkan suaranya yang meriuhkan suasana... itulah kepuasan bagi kami di MasiranFarm
Jumaat, 5 Disember 2008
Isnin, 1 Disember 2008
Ahad, 9 November 2008
Pengenalan

Saya bertindak sebagai pembekal ternakan seperti ayam selasih, ayam kapas, ayam belanda, ayam mutiara, merak, itik angsa, itik serati serta arnab. Saya juga ada menjual benih ikan keli bagi pembeli-pembeli yang berminat.

Harga ditentukan mengikut saiz ternakan. Namun begitu, harga yang ditawarkan amat berpatutan. Buat masa sekarang ternakan seperti ayam selasih, ayam kapas, ayam belanda, ayam mutiara, merak dan itik angsa hanya anak sahaja yang dijual. Yang dewasa hanya dijadikan baka untuk mendapatkan telurnya.
Saya juga memberikan khidmat nasihat serta bertukar idea dan pengalaman kepada mana-mana penternak yang ingin atau telah berkecimpung dalam bidang penternakan. Selain itu saya memerlukan peniaga-peniaga yang berminat untuk meniagakan ternakan saya.
Saya juga memberikan khidmat nasihat serta bertukar idea dan pengalaman kepada mana-mana penternak yang ingin atau telah berkecimpung dalam bidang penternakan. Selain itu saya memerlukan peniaga-peniaga yang berminat untuk meniagakan ternakan saya.
Dengan itu, anda bolehlah menghubungi saya di talian yang tertera.
Langgan:
Catatan (Atom)