Rabu, 11 Julai 2018

Pemindahan Blog ke Platform Lain

Kepada para pelanggan yang dihormati,

Mulai dari hari ini, segala maklumat terkini akan diterbitkan ke laman web baru yang lebih mesra pengguna dan mudah diakses menggunakan semua peranti termasuk telefon pintar. Blog ini akan dikekalkan sehingga segala maklumat yang berguna di dalam blog ini dipindahkan ke laman web yang baru.

Diharap tuan/puan dapat mengunjungi laman web baru kami.

https://masiranfarm.wixsite.com/ladangmasiran

Sekian, terima kasih.

Isnin, 7 Ogos 2017

Kepada para pengunjung yang dihormati,

Blog ini dalam proses mengemaskini. Maklumat terkini akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Terima kasih atas sokongan anda. Harap maklum.

Sabtu, 14 Jun 2014

ANAK AYAM MUTIARA / API-API

STOK BARU SUDAH ADA!!
Mari beli! Mari Beli!

Stok Anak Ayam Mutiara 
Ayam Api-Api
Telah Tiba!!


Harga Mengikut Saiz @ Umur.

Kepada yang berminat, sila hubungi nombor yang disediakan.

Mengutamakan "Siapa Cepat, Dia Dapat"

Jumaat, 17 Mei 2013

Merak Dewasa Untuk Dijual

Merak dewasa ingin dijual dengan segera.

Terdapat 7 ekor kesemuanya. 2 ekor jantan dan 5 ekor betina.

Harga pasaran yang mampu milik dan boleh dirunding.

Sila hubungi saya segera kerana tawaran terhad.

Khamis, 3 Januari 2013

Buat tontonan semua

Dari semasa ke semasa pelbagai perubahan dilakukan agar kerja menjadi lebih efisyen dan hasil yang diperoleh memuaskan. Begitu juga dengan cara pemberian makanan. Dahulunya, nafia perlu dipotong terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke kandang. Tetapi sekarang kambing-kambing tersebut telah diajar untuk makan di luar tidak jauh dari kandang. Ia bukan sahaja memudahkan gerak kerja malahan sumber makanan juga pelbagai kerana di tempat makan tersebut terdapat pelbagai jenis tumbuhan selain nafia yang di tanam sendiri. Maka, kadar nutrisi juga berbeza serta kambing-kambing tersebut dapat makan sekenyang-kenyangnya. Tidak lama selepas itu mereka akan pulang ke kandang dengan sendiri (selepas dilatih). Video di bawah menunjukkan aktiviti tersebut.



Jumaat, 21 Disember 2012

Pengumuman Penjualan Ternakan Terkini!!!

Di sini ada beberapa jenis ayam dan burung yang sedang dijual; antaranya:-

PASANGAN AYAM POLAND; 

Ayam ini saya ingin jual secara pasangan. Gambar di bawah merupakan rupa ayam Poland betina dan jantan.

 AYAM POLAND BETINA
 AYAM POLAN JANTAN

Merak India ini pula hanya ada dua ekor jantan dan lima ekor betina yang ingin dijual.
BURUNG MERAK INDIA BETINA
 BURUNG MERAK JANTAN

Burung kuang Ringneck ini pula ingin di jual sepasang.
PASANGAN BURUNG KUANG KALUNG CINA ATAU RINGNECK

Burung kuang emas juga ingin dijual sepasang kecuali burung kuang silver yang mana hanya yang betina sahaja yang akan dijual.
PASANGAN BURUNG KUANG EMAS
 BURUNG KUANG EMAS JANTAN
BURUNG KUANG EMAS BETINA
BURUNG KUANG SILVER BETINA

Itik Mandarin ini juga hanya ada sepasang untuk dijual. Pasangan itik ini adalah baka yang diimport dan tiada yang di biak dalam ladang saya. Rupa itik mandarin amat mudah dikenali kerana rupa itik jantannya sangat menarik berbanding betina.
ITIK MANDARIN JANTAN 
 ITIK MANDARIN BRTINA
PASANGAN ITIK MANDARIN

Harga setiap barangan amat berpatutan dan boleh dirunding. Stok ada terhad dan saya mengutamakan prinsip "Siapa cepat, dia dapat"

Kepada pembeli yang berminat, sila hubungi saya di:-
017-430 1145

Selasa, 26 Jun 2012

BELIBIS Menjadi Tetamu Masiranfarm

Assalamualaikum kepada rakan-rakan ternak sekalian.

Alhamdulillah kehidupan ternakan unggas di Masiranfarm semakin berkembang biak. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, Masiranfarm menerima kunjungan tetap tetamu yang tidak diundang... iaitu lima ekor burung belibis yang tidak pernah saya ternak. Tetapi telah mula berkunjung mencari makanan yang bertaburan di halaman rumah saya. Burung belibis ini akan datang di waktu pagi dan di sebelah petang, berkeliaran mencari makanan. Saya seisi keluarga membiarkan kawanan belibis ini dengan tenang tanpa gangguan mencari rezeki di Masiranfarm. Seolah-olah menjadi habitat baru bagi mereka. Belibis adalah antara binatang yang dikawal Perhilitan dimana tidak dibenarkan menangkap dan memelihara kecuali dengan kebenaran (lesen) dari Perhilitan 

Bagi mereka yang tidak biasa dengan belibis, berikut ini disertakan sedikit latarbelakang mengenainya. .Menurut wikipedia, Belibis adalah sejenis itik bersiul kecil yang banyak terdapat di Asia. Burung ini membiak di India dan Asia Tenggara. Burung ini tidak banyak berhijrah, kecuali yang di China yang diketahui menghabiskan musim sejuk lebih jauh di selatan. Nama saintifiknya ialah Dendrocygna javanica.

Itik Belibis mempunyai kepala, paruh, dan kaki yang panjang. Warna paruhnya kelabu, manakala kepala, leher, dan bahagian bawahnya kuning pucat, dengan warna jambul yang lebih tua. Sayap dan bahagian belakangnya kelabu tua, dengan tompok-tompok perang berangan pada sayap dan ekornya.

Itik Belibis adalah spesies yang berkelompok. Ia bersarang di lubang pokok serta sarang lama burung yang lain, atau di pelantar ranting dekat tanah, dan mengeluarkan sebanyak 6-12 biji telur. Habitatnya tasik air tawar yang mempunyai banyak tumbuhan. Itik ini makan biji dan tumbuh-tumbuhan yang lain

Berikut ini disertakan beberapa keping gambar belibis yang sedang berkeliaran di halaman Masiranfarm dan juga video memaparkan gelagat mereka sebagai tatapan pengunjung blog Masiranfarm




Isnin, 2 April 2012

Projek Menambah Ruang Peliharaan Unggas Telah Beroperasi

Assalamualaikum... kepada rakan pengunjung Masiranfarm. Pada Disember tahun lalu saya ada khabarkan berkenaan usaha terkini di Masiranfarm untuk menambah ruang peliharaan unggas. (Sila lihat beberapa gambar yang telah saya sertakan pada disember lalu).

Alhamdulillah, kini sudah lebih sebulan projek ini berjaya disiapkan dan apa yang saya hajatkan sebelum ini telah dapat diusahakan. Beberapa blok yang telah disiapkan telah dipenuhi dengan beberapa spesis unggas dan dihadapannya tempatkan anak-anak unggas yang baru menetas. Dan ruang antara keduanya telah ditempatkan beberapa ekor merak. (lihat post sebelum ini)

Seperti biasa, saya sertakan beberapa keping gambar bagi memudahkan pengunjung mendapat gambaran sebenar di Masiranfarm

Gambar di ambil dari pintu masuk ke kawasan tersebut

Dari dekat... blok yang telah siap dibina dan menempatkan beberapa spesis unggas

Gambar dari belakang yang diambil dari jalan utama yang memisahkan kawasan ini dengan kawasan sedia ada


Ini pula keadaan di dalam di mana ditempatkan anak-anak unggas yang berjaya ditetas diletakkan didalam kurungan di bahagian dalam kawasan ini


Walau bagaimanapun untuk lebih jelas lagi saya sertakan video bagi menggambarkan suasana ditempat baru Masiranfarm. Selamat menonton





Ahad, 8 Januari 2012

Masiranfarm di Majalah INFO PERTANIAN Januari 2012

Pada bulan November lalu, saya telah dikunjungi oleh wartawan Majalah INFO PERTANIAN untuk menemuramah perihal perkembangan jatuh bangun Masiranfarm. Hasilnya untuk keluaran Januari 2012, INFO PERTANIAN telah memuatkan laporan 3 mukasurat penuh termasuk gambar mengenai Masiranfarm. Antara lain melaporkan secara khusus mengenai ternakan merak dan ayam belanda disamping laporan secara umum apa yang boleh didapati di Masiranfarm.


Sebelum ini berita mengenai Masiranfarm telah dilaporkan di dua akhbar harian iaitu Harian Metro dan Sinar Harian. (sila rujuk post terdahulu di blog ini)


Untuk tatapan pembaca saya sertakan di bawah ini berita yang telah dimuatkan dalam majalah tersebut. (sila klik pada imej untuk pembesaran)







Isnin, 19 Disember 2011

Projek Menambah Ruang Peliharaan Unggas

Sudah agak lama saya tak update blog ini. Kesempatan ini saya ingin berkongsi pengharapan dengan semua pengunjung. Sebenarnya sepanjang cuti sekolah hujung tahun ini saya telah memulakan satu projek baru untuk membesarkan ruang peliharaan unggas di Masiranfarm. Saya sedang membina 10 blok ruang peliharaan dengan keluasan 6kaki X 8kaki setiap satu. Projek ini masih dalam pembinaan dan saya lakukan sendiri mengikut masa yang terluang. Disini saya sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama. Doakan projek saya ini membuahkan hasil.


Gambar diambil dari jauh, menunjukkan pembinaan 10 blok ruang ternak yang sedang dibina bakal menempatkan 10 spesis unggas pelbagai jenis



Dari pandangan sisi sebahagian ruang yang masih dalam pembinaan

Dari dekat, kawasan blok yang hanya perlu dipasang jaring besi dan lantai yang perlu disimen

Dihadapan blok tersebut berhajat untuk membina ruang untuk menempatkan anak-anak unggas yang berjaya ditetas... tetapi setakat ini hanya sempat mendirikan tiang sahaja...

Khamis, 18 Ogos 2011

Baka Ayam Belanda Coklat Telah Membiak

Beberapa bulan lalu saya telah menternak ayam belanda coklat. Alhamdulillah kini baka ayam belanda coklat telah mula bertelur dan telah berjaya ditetaskan. Hingga kini terdapat beberapa ekor anak ayam belanda coklat sedang dibesarkan di Masiranfarm. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.

Seperti biasa saya paparkan gambar dan video baka ayam belanda coklat yang saya maksudkan. Cumanya ketika video dan gambar ini diambil ayam belanda tersebut saya letakkan dalam kurungan bersama dengan burung merak, tetapi kini telah dipisahkan kerana terdapat gangguan antara kedua-dua unggas tersebut




Sabtu, 30 Julai 2011

Pasangan Burung Kuang Emas dan Burung Kuang Silver Untuk Dijual!!!

Di masiranfarm terdapat sepasang burung kuang emas dan sepasang burung kuang silver. Saya telah memelihara burung kuang lebih setahun yang lalu. Saya telah membuat keputusan untuk menjualnya kepada pengunjung yang berminat kerana ingin menumpukan kepada pemeliharaan pelbagai spesis ayam. Juga disebabkan ruang ternakan yang sempit di masiranfarm mendorong saya untuk menjualnya. Sebenarnya saya amat sayang kepada pasangan burung kuang ini kerana kecantikan kombinasi warna yang mempersonakan. Namun atas sebab yang dinyatakan tadi saya bertekad untuk menjualnya kepada yang berminat. Sila hubungi(telefon) saya kepada yang benar-benar berminat.

Untuk tidak menghampakan pengunjung saya paparkan pasangan gambar dan videoa burung kuang emas.






Begitu juga dengan pasangan burung kuang silver, saya paparkan gambar dan video pasangan tersebut. Nilailah sendiri... bagi saya kedua-dua pasangan ini ada keistimewaan tersendiri.



Khamis, 28 Julai 2011

Baka Ayam Selasih Hitam

Alhamdulillah sehingga kini baka ayam selasih hitam terus bertelur dan banyak yang telah berjaya ditetaskan. Baka ayam selasih ini saya tempatkan di dalam kurungan yang agak besar dengan jumlah baka betina lebih banyak berbanding baka jantan.... Saksikan gambar dan video di bawah ini...



Isnin, 18 Julai 2011

AYAM SELASIH HITAM: MENCARI LIDAH HITAM!!!

Assalamualaikum

Sebagai penternak, saya sering dihubungi oleh teman-teman yang bertanyakan ayam selasih hitam yang mempunyai seluruh anggota ayam tersebut berwarna hitam termasuk lidahnya. Saya paparkan gambar salah seekor dari puluhan ekor ayam selasih hitam di Masiranfarm... saksikan samada lidahnya hitam atau sebaliknya.!!!



Ahad, 17 Julai 2011

Ayam Poland - Spesis Terkini di Masiranfarm

Jika sebelum ini saya dah postkan berkenaan ayam mini cochin iaitu spsesis terkini di Masiranfarm. Hari ini saya nak tambah lagi satu spesis unggas terkini iaitu AYAM POLAND. Buat permulaan saya hanya menternak 3 ekor sahaja(1 jantan dan 2 betina) sebagai baka untuk di biakkan di Masiranfarm. Alhamdulillah sekarang baka ayam poland sudah mula bertelur dan telurnya sedang dieramkan.

Sebagai perkongsian, saya paparkan beberapa gambar dan video ayam poland ketika saya lepaskan dari kurungan.



Isnin, 11 Julai 2011

Dua Ekor Merak Putih Jantan - Tukar Suka Sama Suka Dengan Merak Putih Betina

Sebelum ni saya telah membeli sepasang Merak Putih dari seorang kenalan. Apabila merak putih ni telah dewasa saya mendapati kedua-duanya jantan. Oleh itu saya berhajat kepada pengunjung blog ini yang ada memelihara lebihan merak putih betina, agar menghubungi saya untuk membuat pertukaran suka sama suka antara jantina jantan dan betina.

Untuk itu saya paparkan gambar dan video Merak Putih Jantan yang ada di MasiranFarm


Selasa, 5 Julai 2011

Spesis Unggas Terbaru di Masiranfarm - AYAM MINI COCHIN

Beberapa bulan yang lalu saya telah mula menternak spesis terbaru di Masiranfarm, iaitu ayam mini cochin. Alhamdulillah sehingga kini ayam yang saya pelihara telah bertelur dan telah menetaskan beberapa ekor anak yang masih kecil. Ayam mini cochin ini saya letakkan dalam kurungan yang agak besar, sesuai dengan jumlah yang dipelihara. Saya lebihkan jumlah baka betina berbanding baka jantan agar tidak berlaku perkelahian.

Untuk tatapan pengunjung, seperti biasa saya paparkan beberapa gambar dan video bagi memudahkan lagi para pengunjung mendapat gambaran sebenar mengenai pemeliharaan ayam mini cochin ini.




Selasa, 28 Jun 2011

Menternak Unggas Dalam Kurungan

Sebelum ini saya telah memelihara semua unggas secara lepas bebas di ladang. Kaedah ini saya dapati tidak berapa sesuai bagi sesetengah unggas, contohnya ayam mutiara dan ayam belanda. Saya dapati ayam jenis ini menghadapi masalah dari segi ketahanan diri dari serangan penyakit dan perubahan cuaca yang mendadak serta sukar mengesan kawasan penetasan telur.

Justeru saya telah mengubah kaedah pemeliharaan dengan menyediakan kawasan ternakan yang agak besar tetapi dipagar keseluruhannya termasuk bahagian atas. Disamping menyediakan sebuah "rumah" sebagai tempat berteduh dan bertelur. Ternyata pendekatan ini memudahkan penjagaan dan hasilnya lebih baik dari sebelumnya. Walaubagaimana pun saya masih membiarkan angsa bebas lepas di kawasan ladang bersama-sama spesis ayam kampung dan itik kerana angsa masih sesuai dengan habitat lepas bebas.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar sebagai tatapan pembaca sekelian.




Berikut dipaparkan juga video bagi memudahkan mendapat gambaran sebenar perkara ini.

Khamis, 9 Jun 2011

Perkembangan Dan Suasana Terkini Di Masiranfarm

Lebih setahun saya tidak mengemaskini blog ini secara serius bagi berkongsi pengalaman memelihara unggas kepada rakan pengunjung. Insya Allah mulai minggu ini saya cuba untuk memuat naik beberapa video dan gambar yang menceritakan perkembangan terkini di Masiranfarm.

Sebagai permulaan, secara sepintas lalu saya paparkan perkembangan dan suasana terkini di Masiranfarm yang telah berlaku beberapa penambahbaikan dalam usaha menternak unggas ini. Selamat menonton



Dari paparan umum ini, saya akan paparkan video secara khusus mengenai unggas peliharaan saya ini. Terdapat juga beberapa unggas yang baru saya ternak. Nantikan perkongsian ini....

Selasa, 26 April 2011

Pemberitahuan




Telah ramai yang bertanyakan kepada saya tentang jenis ayam selasih yang saya miliki. Dan telah berkali-kali saya menerangkan kepada mereka. Oleh itu, ingin saya jelaskan kepada anda semua bahawa jenis ayam selasih hitam yang saya miliki adalah jenis yang berbulu lembut seperti kapas seperti dalam gambar di atas. Kebaikannya lebih kurang sama dengan ayam hitam yang menyerupai ayam kampung biasa yang juga dikenali sebagai ayam selasih.

Disebabkan panggilan yang sama mengakibatkan kekeliruan di antara para pembeli.

Khamis, 21 April 2011

Ayam Belanda Coklat Dewasa Jantan


Kini menjual ayam belanda coklat jantan dewasa!!!

Terdapat 6 ekor sahaja

Harga boleh dirunding




Kepada pembeli yang berminat, hubungi saya segera...