Assalamualaikum kepada rakan-rakan ternak sekalian.
Alhamdulillah kehidupan ternakan unggas di Masiranfarm semakin berkembang biak. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, Masiranfarm menerima kunjungan tetap tetamu yang tidak diundang... iaitu lima ekor burung belibis yang tidak pernah saya ternak. Tetapi telah mula berkunjung mencari makanan yang bertaburan di halaman rumah saya. Burung belibis ini akan datang di waktu pagi dan di sebelah petang, berkeliaran mencari makanan. Saya seisi keluarga membiarkan kawanan belibis ini dengan tenang tanpa gangguan mencari rezeki di Masiranfarm. Seolah-olah menjadi habitat baru bagi mereka. Belibis adalah antara binatang yang dikawal Perhilitan dimana tidak dibenarkan menangkap dan memelihara kecuali dengan kebenaran (lesen) dari Perhilitan
Bagi mereka yang tidak biasa dengan belibis, berikut ini disertakan sedikit latarbelakang mengenainya. .Menurut wikipedia, Belibis adalah sejenis itik bersiul kecil yang banyak terdapat di Asia. Burung ini membiak di India dan Asia Tenggara. Burung ini tidak banyak berhijrah, kecuali yang di China yang diketahui menghabiskan musim sejuk lebih jauh di selatan. Nama saintifiknya ialah Dendrocygna javanica.
Itik Belibis adalah spesies yang berkelompok. Ia bersarang di lubang pokok serta sarang lama burung yang lain, atau di pelantar ranting dekat tanah, dan mengeluarkan sebanyak 6-12 biji telur. Habitatnya tasik air tawar yang mempunyai banyak tumbuhan. Itik ini makan biji dan tumbuh-tumbuhan yang lain
Berikut ini disertakan beberapa keping gambar belibis yang sedang berkeliaran di halaman Masiranfarm dan juga video memaparkan gelagat mereka sebagai tatapan pengunjung blog Masiranfarm
12 ulasan:
Salami bahagia. Memang betul kata saudara. Saya juga mendapat enam ekor itik jenis ini. Mula Mula 2 ekor tapi sekarang Tambah pula populasi sehingga enam. Sang itik bersiul ini suka makan baja ayam + jagung bersama ayam mutiara saya. Sekarang ia jinak dan anggap diri Mereka ayam dalam reban..
anak angsa, anak ayam mutiara,anak ayam selasih umur 2 minggu harga se ekor RM berapa?
Saya ada sekor belibis... asalnya diberi oleh seseorang... tapi disebabkan tidak tahu jenis penjagaan macamna. Hanya diletakkan di blakang rumah... sapa2 nak boleh email saya nen_noora@yahoo.com . Sekor saja yg ada.. rm 250. Denak.
Kami membekal mesin inkubator telor ayam dan puyuh bersaiz sederhana...sekiranya berminat sila hubungi..0139876767(Aziz Golden Farm)
Saya mencari burung unta, ada dijual ka berapa harga anak? @ telur?
Saya baru terjumpa sarang belibis dgn telur sbyk 13 biji..baru cuba tetaskan guna mentol..tgh tunggu hasil sapa rasa nak beli anak boleh email di ismailiswardi@google.com @gmail .xom..nak letgo murah2 malas nak bela atau swap dengan anak merak bs..warna biru hijau tu..sekian
Lagi sesang wasap di no.0174281871
ni kt mna sy minat nk beli anak
Kt sarawak ini susuh btl nk dpt anak angsa..sy dri siburan
Salam.ada lagi tak anak itik belibis tu
Saya ada 7 ekor... Jumpa kat tepi higway.. mak dia mati kena langar.. saya ambik anak dia... Ada dgn saya... Sesiapa nak bela .. ambik je.
Kena lesen tak..?
Catat Ulasan