Isnin, 13 September 2010

Simpati Pengusaha Unggas Di Malaysia Timur (Sabah & Sarawak)

Assalamualaikum,

Saya telah mengusahakan unggas selama 4 tahun 10 bulan. Bermacam-macam rintangan yang dilalui. Namun saya tidak berputus asa. Malah pengalaman ini amat menghiburkan. Satu demi satu unggas yang saya ceburi, masing-masing menghasilkan buahnya.

Dari semua sudut, saya amat berbangga kerana dapat berkongsi maklumat dengan pengusaha unggas di Semenanjung. Ada yang setanding dengan saya. Semua hasil unggas saya telah berada di seluruh negeri di Semenajung Malaysia. Mereka langsung tidak menghadapi masalah terutama penyakit, kerana saya menjual dan pada masa yang sama saya terus memberi khidmat nasihat. Syukur alhamdulillah.

Perkara penting yang menyedihkan saya adalah permintaan di Malaysia Timur tidak dapat saya penuhi. Ramai malah berpuluh-puluh pengusaha unggas di Malaysia Timur terutama di Sabah dan Sarawak gagal untuk mendapatkan bekalan terutama anak ayam belanda, ayam mutiara dan angsa. Ini adalah kerana negeri tersebut tidak boleh meluluskan lesen import unggas. Saya hairan dan pelik mengapa PM kita melaungkan 1 Malaysia sedangkan perkara sekecil ini tidak dapat dinikmati keseronokannya bersama. Tersentuh jiwa saya dibuatnya dengan ini saya hanya dapat meluahkan perasaan saya melalui blog ini.

Wassalam...

4 ulasan:

hasrul berkata...

tahniah cikgu masiran

Tanpa Nama berkata...

APA YANG CIKGU UCAP MMG BENAR. SAYA PERNAH MENELEFON CKG TTG BURGIE. SAYA CUBA MNDPTKN PERMIT TP XDPT. SAYA DARI SARAWAK. DI SARAWAK BYK PERMINTAAN TP TERHAD UNTUK DPTKANNYA

Unknown berkata...

sy dtg nk tgk harga anak angsa..malangnya kt tganu plak...nk bela kt tanah sy kat sarawak..huhu..

babycun berkata...

hi cikgu, memang betul tu.. susah mau cari unggas di sabah ni.. cikgu sebenarnya saya berminat bah mau beli sepasang anak angsa, dua pasang pun boleh juga dan anak pun ok. tapi boleh hantar ke sabah ka tu cikgu? drpd nelly