Selasa, 26 Jun 2012

BELIBIS Menjadi Tetamu Masiranfarm

Assalamualaikum kepada rakan-rakan ternak sekalian.

Alhamdulillah kehidupan ternakan unggas di Masiranfarm semakin berkembang biak. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, Masiranfarm menerima kunjungan tetap tetamu yang tidak diundang... iaitu lima ekor burung belibis yang tidak pernah saya ternak. Tetapi telah mula berkunjung mencari makanan yang bertaburan di halaman rumah saya. Burung belibis ini akan datang di waktu pagi dan di sebelah petang, berkeliaran mencari makanan. Saya seisi keluarga membiarkan kawanan belibis ini dengan tenang tanpa gangguan mencari rezeki di Masiranfarm. Seolah-olah menjadi habitat baru bagi mereka. Belibis adalah antara binatang yang dikawal Perhilitan dimana tidak dibenarkan menangkap dan memelihara kecuali dengan kebenaran (lesen) dari Perhilitan 

Bagi mereka yang tidak biasa dengan belibis, berikut ini disertakan sedikit latarbelakang mengenainya. .Menurut wikipedia, Belibis adalah sejenis itik bersiul kecil yang banyak terdapat di Asia. Burung ini membiak di India dan Asia Tenggara. Burung ini tidak banyak berhijrah, kecuali yang di China yang diketahui menghabiskan musim sejuk lebih jauh di selatan. Nama saintifiknya ialah Dendrocygna javanica.

Itik Belibis mempunyai kepala, paruh, dan kaki yang panjang. Warna paruhnya kelabu, manakala kepala, leher, dan bahagian bawahnya kuning pucat, dengan warna jambul yang lebih tua. Sayap dan bahagian belakangnya kelabu tua, dengan tompok-tompok perang berangan pada sayap dan ekornya.

Itik Belibis adalah spesies yang berkelompok. Ia bersarang di lubang pokok serta sarang lama burung yang lain, atau di pelantar ranting dekat tanah, dan mengeluarkan sebanyak 6-12 biji telur. Habitatnya tasik air tawar yang mempunyai banyak tumbuhan. Itik ini makan biji dan tumbuh-tumbuhan yang lain

Berikut ini disertakan beberapa keping gambar belibis yang sedang berkeliaran di halaman Masiranfarm dan juga video memaparkan gelagat mereka sebagai tatapan pengunjung blog Masiranfarm




Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template