Isnin, 28 Mac 2011

Ayam Selasih

Saya telah mengusahakan ternakan unggas selama lima tahun. Pada permulaannya, saya hanya mengerjakannya sebagai hobi semata-mata. Apabila ternakan saya membiak, saya promosikan di dalam laman blog saya (MASIRANFARM) untuk melariskan jualan. Antara spesies ayam yang saya ingin nyatakan di sini adalah spesies Ayam Selasih. Tidak ramai yang mengetahuinya & kini barulah ada sebilangan pelanggan yang bertanyakan tentangnya.

Sudah hampir setahun saya membiak Ayam Selasih Hitam & Ayam Selasih Putih. Sekarang barulah mula dijual hasilnya. Permintaan ayam jenis ini amat menggalakkan. Ada yang inginkan ia hanya kerana ayam ini kelihatan menarik untuk dipelihara di dalam sangkar. Ada juga yang menginginkannya kerana sering digunakan dalam perubatan tradisional, untuk membuang saka & jin.

Ada pula pelanggan berbangsa Cina yang menggunakan ayam ini, terutamanya Ayam Selasih Hitam, untuk perubatan seperti dimasak sup bercampur herba yang dikenali sebagai 'Herba Maharani'. Ia bertujuan untuk menguatkan tenaga bagi golongan tua atau bagi wanita yang memgalami masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, monopos serta wanita yang baru bersalin. Bagi masyarakat India pula, mereka menggunakan ayam selasih untuk perubatan dan upacara sembahyang/pemujaan agama mereka.

Selain daripada kegunaan yang dinyatakan sebentar tadi, ayam ini juga dipercayai mempunyai khasiat lain seperti:-

  • Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
  • Melegakan asma
  • Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
  • Menyelesaikan masalah buasir kecil
  • Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
  • Melegakan migrain & angin dalam badan
  • Menguatkan hati & buah pinggang
  • Menaikkan seri muka dengan mencantik, menegang & melicinkan kulit
Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Ayam Selasih Hitam atau Ayam Selasih Putih, sila hubungi saya segera selagi stok masih ada.

4 ulasan:

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website berkata...

anak ayam selasih ni boleh dapat mana di kedah?

Ayam Belanda Jenal

Leesa Liisa berkata...

banyak jugak kan kebaikan ayam selasih hitam ni...sebelum ni tak penah tau pun....oh yer, ayam hitam ni adakah darah nya jugak berwarna hitam?

terima kasih!


mierza lisa

eman90 berkata...

Saya pon ada bela 3 ekor selasih betina.hampir 8 bulan umur dorang.alhamdulillah yg bagusnya dorang kerap bertelur.purata 5 biji seminggu per ekor.tapi saya xtau la dorang ni krna kacuk dengan ayam apa sebab badan dorang gebu.nampak gemuk. Bulu cantik.saya ada yg hitam,kuning dan putih

Unknown berkata...

Harga sepasang unit 4 bulan tuk selasih hitam, telur juga brapa harga. Whattup. Saya Ahmad no hp 0194436353