Khamis, 8 Januari 2009

Ayam Kampung Dan Itik Serati... Nostalgia Di Kampung

Jika dahulu semasa kecil di kampung, ayam kampung dan itik serati adalah antara binatang ternakan yang biasanya diternak di setiap rumah. Saat paling meriah dengan suara riuh rendah bunyi ayam itik apabila tibanya waktu memberi makan dari lebihan nasi atau gandum. Tapi kini jika hidup di bandar, di taman-taman perumahan, suasana itu tidak ujud lagi... tiada ruang untuk memelihara ayam itik.

Di Masiranfarm, ternakan ayam kampung dan itik serati bukan tumpuan utama. Sekadar sampingan bagi memeriahkan suasana dan mempelbagaikan jenis ternakan. Bunyi suara itik serati, ayam kampung, ayam mutiara dan angsa seolah dendangan sebuah orkestra yang sedang mengalunkan lagu. Berikut ini disertakan video yang memaparkan suasana ketika ayam kampung dan itik serati sedang menanti tuannya menghidangkan makan di waktu petang dengan suara bersahutan... yang pastinya suara angsa tetap dominan.

1 ulasan:

Muadz berkata...

salam...kami ada cuba bela itik... beli anaknya... itik kampung dan itik serati....

yang itik kampung cepat betul besar dan sgt aktif..manakala... 3 ekor itik serati... mati satu persatu... pembesaran tubuh mrk juga agak lambat berbanding itik kampung... nak tanya..kenapa mrk mati ya... memang tak tahan ya..?sebab kami letak sekali... anak itik tu dengan anak burung puyuh...boleh kah begitu enc masiran...tq