Isnin, 26 Januari 2009

Kecantikan Angsa Putih

Ramai suka memelihara angsa putih kerana kecantikannya. Gabungan warna bulunya yang keputihan dan paruhnya (muncung)kuning keemasan menyerlahkan kecantikan dan seolah menjadi simbol kebersihan. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup membeli angsa putih dengan harga yang mahal berbanding dengan angsa kelabu. Begitu juga di MasiranFarm, permintaan angsa putih amat memberangsangkan hingga sukar memenuhi permintaan pelanggan. Video berikut ini dizoom secara dekat untuk melihat kecantikannya yang diselangseli dengan suaranya yang meriuhkan suasana di Masiranfarm


Selasa, 20 Januari 2009

Angsa Kelabu

Angsa adalah ternakan utama di Masiranfarm, dari jenis angsa kelabu dan angsa putih. Kedua-duanya mempunyai saiz, bentuk dan suara yang sama. Video berikut memaparkan dengan lebih dekat lagi mengenai angsa kelabu yang hidup di habitatnya... mandi dikolam dan berinteraksi sesama mereka

Khamis, 8 Januari 2009

Ayam Kampung Dan Itik Serati... Nostalgia Di Kampung

Jika dahulu semasa kecil di kampung, ayam kampung dan itik serati adalah antara binatang ternakan yang biasanya diternak di setiap rumah. Saat paling meriah dengan suara riuh rendah bunyi ayam itik apabila tibanya waktu memberi makan dari lebihan nasi atau gandum. Tapi kini jika hidup di bandar, di taman-taman perumahan, suasana itu tidak ujud lagi... tiada ruang untuk memelihara ayam itik.

Di Masiranfarm, ternakan ayam kampung dan itik serati bukan tumpuan utama. Sekadar sampingan bagi memeriahkan suasana dan mempelbagaikan jenis ternakan. Bunyi suara itik serati, ayam kampung, ayam mutiara dan angsa seolah dendangan sebuah orkestra yang sedang mengalunkan lagu. Berikut ini disertakan video yang memaparkan suasana ketika ayam kampung dan itik serati sedang menanti tuannya menghidangkan makan di waktu petang dengan suara bersahutan... yang pastinya suara angsa tetap dominan.

Sabtu, 3 Januari 2009

Mengenali Ayam Mutiara

Ayam mutiara atau ayam api-api tergolong dalam spesis burung. Ada yang memeliharanya kerana terpegun dengan kecantikan bulunya atau ada yang tertarik dengan bentuk badan yang berlainan dengan ayam biasa ini. Dan tidak kurang juga yang sukakannya kerana daging ayam mutiara ini sedap dimakan apabila dibuat rendang pedas.

Untuk lebih mengenali Ayam Mutiara ini, video berikut cuba memaparkan dengan lebih dekat gelagat ayam ini bersama kumpulannya di habitat Masiranfarm.


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template